Monday, 16 January 2012

TANDA-TANDA AWAL BERSALIN

Assalamualaikum.
Hello gojes!!


Actually entry kali ni nak sepatutnya update pasal hosp kerajan vs hosp private tp tadi google pasal tanda2 awal nak bersalin so rasa mcm nak share kat sini even saya tahu ramai mommy to be kat luar sana dah up entry pasal ni kan? ok ni hanya untuk review di masa depan. senang bila dah ade kat blog nak buat reference  lagi :)

Untuk anak sulung mestilah kita tak tahu lagi macam sebenarnya tanda awal nak bersalin tu kan? selain tanya pada mak and kawan2 yang ada pengalaman saya pasti mommy to be kat luar sana mesti pernah google kan? Mula2 dulu saya pernah google masa kandungan 1st trimester pastu skang cari balik tanda2 awal nak bersalin bila dah masuk 3rd trimester :) opkos la kan berdebar sebab tak tahu tanda awal tu camner?
ok ni kat bawah saya copy paste mana yang patut..err amik kat mane?dah lupe sebab save kat folder dalam laptop..hiks..




Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

ok to be true,memang point yang last tu kerap terjadi.heh. sejak masuk 32 weeks saya kerap kentut.hahaha.kadang2 terkentut depan hubby :p memula hubby cam geram saya terkentut depan dia tapi lama2 dah faham si isteri memang gemar kentut tak tentu pasal..makin ketara bila dah masuk 36 weeks..kerap buang air besar? yes memang kerap..setiap pagi memang kene membuang.alhamdulillah takde masalah sembelit sejak mengandung :) point yang lain2 tu masih tak terasa lagi.huhuhuhu




Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.





Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.


okey tanda-tanda yang lain ni masih belum terjadi kat saya. maybe belum sampai masanya kan? harapnya segalanya dipermudahkan oleh Allah swt.amin....



 kiri-->>>me masa 5 weeks pregnant
kanan-->>>me masa 37 weeks pregnant. bulat yang ketara adalah kat pipi kan?









9 comments:

PUAN SUE said...

salam perkenalan jugak...hihi

LAYLA ZAMRY said...

hi puan sue,tq.salam perkenalan sekali lagi :)

ReYNa said...

ha;ah.pipi bulat.sama la kite.hihi.

LAYLA ZAMRY said...

haha..
reyna masa preggy ni org nak ckp gemok ke hape ke dah tak kisah sb kita preggy kan..bangga lg ade la..huhu..

CikPuan Fara said...

hi layla! ingat2.. hehe. tq for d wish dear :) awk dah nk bersalin yer.. kita doakan semuanya selamat dan dipermudahkan.. Amin...

aTy _faRed~ said...

salam perkenalan...:)
pasal yang terkentut tu..eerrr...sy sejak masuk 5 bulan lagi kuat sangat terkentut nyer...huhu...agaknyer nanti biler dah nak bersalin lagi ar bertambah ek..;p

LAYLA ZAMRY said...

fara,
yes bagus2 masih igt lg kat kite..
terima kasih doakan saya..
igt jg baby elok2.bukan senang kita nk dptkan baby ni..

atey,
ha see??ramai org preggy alami masalh yg sama lah sy rasa iaitu kentut.hikhik..tp takpelah klu terlepas dpn suami pun.jgn dpn org lain sudah lah..hikhik

~ NANA ~ said...

ish tiba2 rse nervous pulak nk beranak...hihi

LAYLA ZAMRY said...

nana,
haruss rasa nervous itew..
tp ekceli excited nk tgk baby pun ade jugak dalam nervous2 tu kan?
haish mcmne la bersalin nnt..emmm