Monday 1 October 2012

Aaron Jalan Kelantan

Assalamualaikum..
hello gojes!

Weekend baru2 ni Aaron and family pergi kenduri kahwin at kelantan! fisrt time for mama and aaron actually.hehe. memang teruja sangat nak jejak kaki ke sana..malam tu sampai je kelantan terus ke wakaf che yeh shopping2 apa yang patut. esoknya lepas habis kenduri heading to rantau panjang pulak shopping toto periuk belanga bagai.hehehe.not bad la tapi sangat panas sampai mama aaron demam batuk sampai hari ni tak kebah2 lagi.Aaron pun dah mula nak berjangkit dengan mama.Bila fully bf macam ni lah kan? kalau mak sakit anak pun turut kene tempiasnya. tapi siang tadi cepat2 mama bagi Aaron antibiotik and ubat demam. harapnya tak jadi la demam Aaron tu. Kalau dia demam jugak memang rasa dunia ni gelap sangat. sapa tak risau weh bila anak demam panas.tak tido dibuatnya.mintak dijauhkan la dari segala penyakit. kesian anak tu kecik lagi nak tanggung demam ke selsema ke..amin :)

Sempat snap2 pic Aaron masa kat sana..hehe









copy paste papanye aaron ni..muka sebijik macam papa..anak papa katakan!
update malam ni tak dapat panjang2 sebab mama aaron masih demam lagi ni tapi gagahkan jugak nak update sebab anak tengah tido.hehehe









Tuesday 25 September 2012

Update Raya Sakan 2012

Assalamualaikum
Hello gojes!


Raya dah lama habis. baru hari ni mama aaron terhegeh2 nak update gamba raya. bukan apa dah lama terperap dalam draft. so update je lah selagi boleh. anakanda tengah baik tu duduk dalam walker boleh la mama menaip entry sepatah dua. 


puasa ke28 gerak balik kampung halaman mama dulu..tahun ni raya di mentakab :)






raya pertama sepakat pilih warna grey.bukan warna feveret tapi dah hubby suka so go on je lah.
aaron dengan baju melayu johor :)



 copy paste papa.anak papa katakan ;p




mak ngah aaron pun bakal dapat anak sulung bulan jan 2013 nanti..setelah 3 tahun berkahwin,akhirnya..






nak balik ke rompin dah raya ke 2.beraya dengan wan aki kat sana pulak :)






Monday 24 September 2012

Sepetang Bersama Aaron Faris

Assalamualaikum..
hello gojes!

Masih adakah yang sudi singgah ke blog mama aaron ni? hiks..sebulan sekali nak update pun payah. salute lah kat mama2 luar sana yang rajin update blog citer pasal anak ,itu ini..hehe

nak karang ayat panjang lebar tak boleh sangat sekarang ni sebab anak teruna aaron faris duk nak tekan2 keyboard laptop ni ha..juz nak share aaron dapat stroller baru :) yang lama sweetcherry tu dah kene jual.alhamdulillah ada yang sudi nak beli.







senang stroller phil&teds ni ringan kecik and mudah je nak angkut g mane2.tak banyak pakai space dalam boot kereta :) aaron pun suka sangat duduk dalam ni. dia lebih relax compare tu yangsweetcherry dia mcm nak mintak dukung je bila mama letak dia dalam tu.hihi









Thursday 6 September 2012

Nak Let Go Stroller

Assalamualaikum
hello gojes


Lamanya tak bersiaran! hehehe..busy loorr sejak jadi suri rumah yang beranak seorang ni.kerja rumah tak pernah habis! macam mana lah mama di luar sana yang bekerja tu eh? agak2 bz tak mcm i ni? kadang2 rasa macam nak cari bibik je..penat wooo buat kerja rumah :(

actually hari ni update sebab nak let go stroller anak saya. reason nak let go sebab dah "terbeli" yang baru.hihihi. so daripada ada 2 biji ni baik kita let go yang lama ni kan? brand "sweetcherry" condition sangat tiptop meletop kebabo! pakai 5 bulan je. sekarang aaron dah 7 bulan :) hihi.. apa kate uolls yang berminat tu baca description pasal stroller ni kat bawah yer :D


S300A SCR5 Stroller

Net Weight: 8kg
Features : 
Suitable from birth to 3 years old (<17kg)
Innovative design and portable lifestyle stroller
Lightweight aluminium frame
Adjustable backrest and footrest
Can be in forward or rearward facing






real pic :)

kami beli ni dengan harga rm459
nak let go murah2 je rm350+postage :)
murah kan? condition pun tiptop.
sesiapa yang masih mencari stroller utk anak anda tu boleh la tengok yang ni.kalau berkenan gimme a call/sms at
0199097311 (fast reply insyaallah)
kalau nak email pun boleh kat myviseku2008@gmail.com

SOLD










sebelum tu harus la jamu mata dengan anak teruna saya yang seorang ni..buah hati pengarang jantung,intan payung mama semualah..hehe..mmuahh







Wednesday 4 July 2012

5 MONTHS BABY

Assalamualaikum..
hello gojes!


Muhammad Aaron Faris hari ni genap 5 bulan :) esok akan ke klinik cucuk 5 bulan pulak. hopefully tak demam macam sebelum ni. 

Dah menjangkau umur 5 bulan ni apa yang aaron dah pandai setakat ni ialah meniarap tapi tak boleh angkat kepala lagi :) itupun bila mama ngiringkan badan dia baru lah aaron nak meniarap kalau tak buat macam tu lambatlah nak tgu aaron buat sendiri. manja sebenarnya ni. ikut perangai sapa tak tau lah kan? hihihi. perkembangan lain setakat ni tu je kot..yang biasa2 tu macam kuat mengamuk n dah pandai lembikkan badan bila nak marah.lebih2 lagi time kita tengah dukung dia..aduhh bikin mama panik je!

Alhamdulillah 5 bulan ni aaron masih diberi rezeki menyusu badan lagi. susu banyak. tak pernah amalkan pump susu sebab saya housewife. pernah cuba pump n bagi anak hisap guna botol tapi dia pandai reject botol tu. dah pandai beza puting mak dia ngan puting botol. so susah skit la bila keluar ke tempat public kene cari nursing room. kalau aaron boleh terima botol senang mama pump dulu sebelum keluar.

okey ni gambar terbaru aaron faris! insyaallah lepas ni akan lebih kerap update blog :) ngeee









Monday 14 May 2012

Aaron Faris is 3 and a half months :)

Assalamualaikum..

Hai mommies! let the pix do the talking okey..
miss u mmuahh..



























Friday 10 February 2012

SAYA KINI SUPERMAMA!

Assalamualaikum.
Hello gojes!




Alhamdulillah syukur di atas nikmat Allah swt..Saya selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 4 feb 2012 pada pukul 4.11 petang. Lengkap sudah hidup ni sebagai seorang isteri :). Syukur mempunyai seorang suami yang penyayang dan anak pengikat kasih.




MUHAMMAD AARON FARIS BIN MUHAMAD ZAMRI
2.9KG
BABY BOY
C-ZER


Hai aunties! aunties semua mesti nak tahu macam mana mama aaron melalui saat getir nak keluarkan aaron untuk melihat dunia kan? hehehe..kene tunggu sebab mama aaron bz sgt sekarang ni..mana masa nak menetek kan aaron lagi,nak berehat lagi..tapi aaron bagus,anak yang baik dan tak banyak meragam. ok mama aaron terpaksa benti kat sini. jap lagi kene siapkan aaron nak pergi klinik sebab kene amik darah,aaron ada kuning skit sebelum ni..bai bai auntie!!