Saturday, 21 January 2012

Detik Cemas Malam Tadi

Assalamualaikum.
Hello gojes!!



Nak story skit cite malam tadi. huhuhu. saya mengalami detik yang agak mencemaskan jugak la sebab b4 this memang tak pernah sakit perut mcm malam tadi! masa tu pukul 12.30 malam. sejak akhir2 ni memang susah skit nak tido. tapi semalam bila mata macam dah nak terlena,tetiba sakit perut datang melanda plus angin keluar dari badan tak henti2. pelik sebab sepanjang mengandung tak pernah perut memulas sakit macam tu. pastu saya ke toilet, kot2 la nak berak ke hape then tak sampai pun hajat tu. keluar toilet semula and cuba baring and tenangkan diri sendiri

Masa baring tu kepala otak dok pikir macam2..hasben dah la jauh. 3 jam perjalanan baru sampai sini. klinik yang kami plan nak bersalin tu dah la tutup esok (hari ni 21hb). pastu sempat lagi pujuk baby plsss sayang kalau nak keluar tgu papa balik dulu. tetiba sakit perut dtg lagi..memulas2 tak pernah rasa sakit camtu. terus lari ke toilet then masa ni hajat pun tertunai jugak..fuhh lega pastu sakit perut trus hilang! angin pulak tak benti2 menyerang. dalam masa yang sama syukur sebab bukan sakit perut nak beranak tapi sebenarnya takut jugak kalau lain pulak yang jadi lepas tu.

Keluar toilet, baring atas katil sambil fikir ni mesti kes salah makan. padahal sepanjang hari tu saya makan makanan yang mak masak je. makan nasi,kari ayam and petang tu keledek goreng! alhamdulillah akhirnya dapat jugak lelapkan mata,bila terjaga dari tido nak kencing lega lagi sebab sakit perut betul2 dah hilang. tanda2 yang lain pun takde. syukur sangat.

Bangun pagi terus pegi kat mak and cerita pasal malam tadi. mak sengeh je and cakap yang saya jadi camtu mungkin sebab makan keledek goreng petang semalam. tu sebab angin and cirit birit. bila mak cakap camtu baru la terjawab segala persoalan malam tadi. pastu mak cakap jugak yang saya ni kuat makan pedas, maybe sebab tu jugak cirit :p emmm camtu la citernya..ringkas je kan? cemas sebab first time preggy and tak tau sakit nak beranak tu camne so pengalaman malam tadi memang agak mencemaskan diri saya.huhuhu. lepas ni sakit pun takpe sebab hubby akan sentiasa ada disisi :)

Tinggal lagi 14 hari :) hopefully baby keluar after habis cuti raya cina :) papa akan sampai kejap lagi. maybe pukul 7. baby pun dah rindu sgt nak dgr suara papa dia. haishh tak sabarnya nak jumpa anak sendiri.




comel tak baby ni kawan2? comel kan? anak model miranda kerr :) its a boy! suka!










2 comments:

~PuAn NadiRa~ said...

dari awal i baca i mmg dah agak angin...

tup..tup..u kata u mkn keledek..kuat angin tu!!!..

i rasa nk dkt bersalin ni better u aoid mknan berangin mcm keledek,cempedak,nangka ngan sukun utuk elakkan false alarm lagi..

kang pg dewan bersalin, sekali kentut yg keluar daaaa..hehehe

eee..mesti x sabar kan?

D Yatie said...

keledek ke keladi ke...mmg sgt kuat angin! huhuhu. masa pregnant berapa bulan tah hari tu sy smpai menangis2 keanginan. T_T